Utama/Laporan

Angka yang pemilik benar-benar tanya

Klinira melaporkan empat perkara yang pemilik klinik tanya: kutipan, tuntutan panel belum dibayar, stok hampir luput, dan siapa buat apa. Laporan dibaca di komputer klinik sendiri.

LaporanINTERNETHIDUP
Laporan: 38 kesemuanya, setiap satu dijalankan pada server klinik sendiri tanpa internet. Yang ini hasil mengikut doktor.
Laporan: 38 kesemuanya, setiap satu dijalankan pada server klinik sendiri tanpa internet. Yang ini hasil mengikut doktor. Klinira di Windows, difoto dengan klinik contoh. Setiap pesakit yang dipaparkan adalah rekaan. Aplikasi ini dalam bahasa Inggeris; apa yang pesakit bawa pulang dicetak dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Tutup kira harian

Satu skrin di hujung hari: berapa yang dikutip, cara bayaran, oleh siapa, dan apa yang tidak sepadan. Klinik yang tutup kira dengan betul setiap hari tiada misteri di hujung bulan.

Siapa buat apa

Setiap tindakan klinikal dan kewangan dicatat, termasuk siapa buka rekod mana, bila, dan dari komputer mana. Kebanyakan klinik tidak pernah melihatnya sehingga hari mereka memerlukannya.

Dari rumah: app pemilik

Laporan penuh dibaca di klinik. Bila jauh dari klinik, app pemilik Android menunjukkan angka setiap hari, dihantar sekali sehari: pesakit dilihat, kutipan tunai, kad dan QR, wang panel yang belum dibayar, amaran stok dan tarikh luput, dan sama ada backup berjalan. Tiada maklumat pesakit sampai ke telefon, dan tiada apa boleh diubah daripadanya. Belum ada app iPhone.

Klinira.my - Owner, percuma untuk telefon dan tablet Android.

Soalan lazim

Boleh saya eksport laporan ke Excel?

Boleh, sebagai fail CSV yang dibuka dalam Excel. Eksport tidak pernah dikunci, dalam apa jua keadaan lesen, termasuk selepas percubaan tamat.

Cuba dulu di kaunter klinik sendiri

Klinira ada di Microsoft Store. Pasang di komputer utama klinik, tekan Start the free trial, dan semua modul boleh dipakai selama 14 hari. Tak perlu kad. Kalau nak kami tunjukkan dulu, tinggalkan nombor anda.