Claim panel klinik: jejak setiap claim sampai duit masuk
Klinira tidak menghantar claim ke portal TPA: tiada TPA di Malaysia membuka sistemnya kepada software luar, jadi staf masih memasukkan claim sendiri. Yang Klinira buat ialah menyimpan setiap claim dengan status dan umurnya, memadankannya dengan penyata bulanan panel, dan menunjukkan mana yang dibayar kurang, ditolak, atau langsung tiada dalam mana-mana penyata.

Tiada sistem klinik di Malaysia yang boleh, kerana tiada TPA membuka antara muka kepada software luar. Bahagian Klinira ialah semua di sekeliling portal itu: bahagian panel dikira di kaunter sebelum pesakit bayar, setiap claim dijejak mengikut umur, dan setiap penyata bulanan dipadankan baris demi baris supaya bayaran kurang dan claim yang hilang dijumpai.
Kenapa duit panel hilang selepas claim dihantar
Kebanyakan duit panel tidak hilang di kaunter. Ia hilang selepas itu: claim yang dibayar kurang lapan ringgit, pertanyaan yang tidak dijawab sebelum tarikh akhirnya, claim yang langsung tidak muncul dalam penyata dan terus tidak dibayar kerana tiada apa-apa yang memberitahu ia hilang. Seorang GP di Kuala Lumpur memberitahu CodeBlue pada 2025 bahawa TPA mengambil purata dua hingga tiga bulan untuk membayar.
Di kaunter, sebelum pesakit bayar
- Item yang dikecualikan panel dikeluarkan dahulu, supaya ia tidak menghabiskan siling lawatan.
- Siling per lawatan kemudian diisi mengikut susunan baris, jadi kaunter boleh beritahu baris mana yang panel tanggung dan mana yang pesakit bayar.
- Had tahunan ahli ditunjukkan sebagai anggaran berserta tarikhnya, kerana had itu juga digunakan di klinik lain yang klinik ini tidak nampak.
Selepas claim dihantar
| Apa yang Klinira jejak | Kenapa ia penting |
|---|---|
| Umur, dalam 0 hingga 30, 31 hingga 60, 61 hingga 90 dan lebih 90 hari | Laporan yang menjadi permulaan setiap perbualan dengan TPA |
| Kelewatan berbanding terma bayaran panel itu sendiri | "Anda sudah sebelas hari melepasi terma anda sendiri" ialah ayat yang TPA perlu jawab |
| Tarikh akhir untuk menjawab pertanyaan | Tempoh pertanyaan yang terlepas boleh menyebabkan claim itu hangus |
| Bayaran kurang, dan baki yang tiba kemudian | Bayaran separa diikuti bakinya adalah biasa, dan kedua-duanya direkod pada satu claim |
Memadankan penyata bulanan
Bila penyata tiba, baris yang sepadan tepat dengan claim, rujukan sama dan jumlah sama hingga ke sen, diselesaikan. Yang lain menunggu seseorang mengesahkan, kerana keputusan untuk merayu bayaran kurang atau menerimanya bukan keputusan yang patut dibuat oleh kiraan. Setiap pengesahan direkod.
Apa yang Klinira tidak buat
- Ia tidak menghantar claim ke PMCare, MediExpress, MedKad atau mana-mana TPA lain. Staf memasukkan claim ke portal TPA.
- Ia tidak tahu baki had sebenar seseorang ahli. Angka itu ada pada panel.
Soalan lazim
Adakah Klinira menghantar claim ke TPA?
Tidak, dan tiada sistem klinik lain di Malaysia yang buat, kerana TPA tidak membuka sistem mereka kepada software luar. Klinira menyediakan dan menjejak claim itu; staf menghantarnya melalui portal TPA.
Boleh saya masukkan kadar dan pengecualian setiap panel?
Boleh. Setiap panel membawa kadar, pengecualian, siling lawatan, terma bayaran dan tempoh pertanyaan sendiri, dan bil menerapkannya semasa dibina.
Cuba dulu di kaunter klinik sendiri
Klinira ada di Microsoft Store. Pasang di komputer utama klinik, tekan Start the free trial, dan semua modul boleh dipakai selama 14 hari. Tak perlu kad. Kalau nak kami tunjukkan dulu, tinggalkan nombor anda.